Bantuan Musim Tengkujuh RM800 . Bantuan Terbaru RM800 . Tahukah anda? Bantuan Musim Tengkujuh RM800 sedang dibuka untuk permohonan sehingga 30 September 2024. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan ini kini kembali dibuka untuk permohonan.
ni bermakna, proses pembayaran untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 akan bermula tidak lama lagi.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800
Bagi tahun 2024, jumlah bantuan tersebut telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan, melalui agensi RISDA, sentiasa mengambil berat dalam memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan untuk memastikan tiada pekebun yang mengalami keciciran daripada bantuan tersebut.
Kadar Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024
Bermula tahun lepas, Kerajaan Madani telah menaikkan kadar bantuan kepada RM800, berbanding RM600 pada tahun-tahun sebelumnya.
Bagi tujuan membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara, jumlah bantuan yang diberikan telah ditambah.
Untuk makuluman, bermula dari November hingga Februari depan bayaran sebanyak RM200 akan dikreditkan setiap bulan,
Tarikh Permohonan BMT RM800
Permohonan untuk pembayaran bantuan bagi bulan November, Disember 2024, Januari, dan Februari 2025 telah dibuka dari 1 Jun 2024 hingga 30 September 2024.
Permohonan baharu boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Syarat Kelayakan
Untuk makluman, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini akan diberikan secara berkala kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.
1)Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA, atau yang tidak berada di bawah mana-mana agensi lain
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buka akaun bank yang aktif
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buka akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh yang bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut, pemohon boleh merujuk laman web rasmi RISDA melalui portal kerajaan yang dinyatakan di atas.
https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama